Kelebihan Mengamalkan Selawat Tafrijiyah
Selawat Tafrijiyah juga dikenali sebagai Selawat Kamilah atau Selawat Nariyah yang bermaksud sempurna atau terbuka. Besar pengertian dan kelebihannya jika sesiapa mengamalkannya. Maksud sempurna dan terbuka adalah jika diizinkan Allah, segala kesempitan akan hilang atau terbuka luas untuk keluar darinya. Sebagai umat islam, kita hendaklah yakin bahawa janji Allah itu pasti. Jika kita mahukan kehidupan seharian yang sempurna, lancar tanpa sebarang masalah atau gangguan atau bersaing secara sihat dalam apa jua hal dalam kehidupan ini, ada baiknya mengamalkan Selawat Tafrijiyah. Bilakah masa yang sesuai dibaca Selawat Tafrijiyah ini? Seeloknya bacalah dan amalkan selawat ini selepas solat fardhu sebanyak mana yang kita mampu. Tidak dapat mengamalkan setiap waktu? Buatlah bila masa lapang. Selawat Tafrijiyah FADHILAT SELAWAT TAFRIJIYAH Antara kelebihan atau kebaikan kepada sesiapa yang mengamalkan selawat ini adalah: 1. Allah akan melenyapkan kesulitan, kesusahan, kesedihan, serta bahaya y...