Kelebihan Mengamalkan Selawat Tafrijiyah
Selawat Tafrijiyah juga dikenali sebagai Selawat Kamilah atau Selawat Nariyah yang bermaksud sempurna atau terbuka. Besar pengertian dan kelebihannya jika sesiapa mengamalkannya.
Maksud sempurna dan terbuka adalah jika diizinkan Allah, segala kesempitan akan hilang atau terbuka luas untuk keluar darinya. Sebagai umat islam, kita hendaklah yakin bahawa janji Allah itu pasti.
Jika kita mahukan kehidupan seharian yang sempurna, lancar tanpa sebarang masalah atau gangguan atau bersaing secara sihat dalam apa jua hal dalam kehidupan ini, ada baiknya mengamalkan Selawat Tafrijiyah.
Bilakah masa yang sesuai dibaca Selawat Tafrijiyah ini? Seeloknya bacalah dan amalkan selawat ini selepas solat fardhu sebanyak mana yang kita mampu. Tidak dapat mengamalkan setiap waktu? Buatlah bila masa lapang.
FADHILAT SELAWAT TAFRIJIYAH
Antara kelebihan atau kebaikan kepada sesiapa yang mengamalkan selawat ini adalah:
1. Allah akan melenyapkan kesulitan, kesusahan, kesedihan, serta bahaya yang menimpa dirinya.
2. Dipermudahkan oleh Allah segala urusannya dalam penghidupan.
3. Diberi ketinggian darjatnya dan dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya.
4. Suaranya didengari manakala idea dan pendapatnya diterima pakai oleh ramai orang.
5. Dilindungi Allah dari segala bencana dan mara bahaya.
6. Disukai, disenangi dan dicintai oleh semua orang.
7. Allah makbulkan apa yang dihajatinya.
8. Dimurahkan rezeki, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Imam ad-Dainuri R.A
1. Baca 11 kali setiap kali selepas solat fardhu insya Allah akan diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khotimah.
2. Dibaca 41 kali setiap malam secara istiqomah, insya Allah akan tercapai segala hajatnya.
3. Dibaca 100 kali setiap kali selepas Solat Sunat Hajat pada beberapa malam, insya Allah masalahnya diselesaikan.
4. Dibaca 313 kali setiap hari, insya Allah akan mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki oleh Allah SWT.
5. Dibaca 1000 kali, insya Allah tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
Imam Qurtubi R.A
Dibaca 41 kali atau 100 kali, insya Allah akan dihilangkan segala dukacita dan kesusahannya. Dimudahkan segala urusan, diangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan dibuka pintu kebajikan.
Imam Sayyidi Muhammad Khafi R.A
1. Dibaca 4444 kali dalam tempoh tujuh (7) hari lapan (8) malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh, insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.
2. Jika membacanya sebanyak 3 kali selepas selesai menunaikan solat fardhu, maka akan memperolehi pahala sama seperti memperolehi Haji Mabrur atau Haji yang Maqbul.
Comments
Post a Comment