Thursday, 3 December 2020

Kelebihan Mengamalkan Selawat Tafrijiyah

Selawat Tafrijiyah juga dikenali sebagai Selawat Kamilah atau Selawat Nariyah yang bermaksud sempurna atau terbuka. Besar pengertian dan kelebihannya jika sesiapa mengamalkannya.

Maksud sempurna dan terbuka adalah jika diizinkan Allah, segala kesempitan akan hilang atau terbuka luas untuk keluar darinya. Sebagai umat islam, kita hendaklah yakin bahawa janji Allah itu pasti.

Jika kita mahukan kehidupan seharian yang sempurna, lancar tanpa sebarang masalah atau gangguan atau bersaing secara sihat dalam apa jua hal dalam kehidupan ini, ada baiknya mengamalkan Selawat Tafrijiyah.

Bilakah masa yang sesuai dibaca Selawat Tafrijiyah ini? Seeloknya bacalah dan amalkan selawat ini selepas solat fardhu sebanyak mana yang kita mampu. Tidak dapat mengamalkan setiap waktu? Buatlah bila masa lapang.


FADHILAT SELAWAT TAFRIJIYAH

Antara kelebihan atau kebaikan kepada sesiapa yang mengamalkan selawat ini adalah:

1. Allah akan melenyapkan kesulitan, kesusahan, kesedihan, serta bahaya yang menimpa dirinya.
2. Dipermudahkan oleh Allah segala urusannya dalam penghidupan.
3. Diberi ketinggian darjatnya dan dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya.
4. Suaranya didengari manakala idea dan pendapatnya diterima pakai oleh ramai orang.
5. Dilindungi Allah dari segala bencana dan mara bahaya.
6. Disukai, disenangi dan dicintai oleh semua orang.
7. Allah makbulkan apa yang dihajatinya.
8. Dimurahkan rezeki, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

Imam ad-Dainuri R.A

1. Baca 11 kali setiap kali selepas solat fardhu insya Allah akan diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khotimah.
2. Dibaca 41 kali setiap malam secara istiqomah, insya Allah akan tercapai segala hajatnya.
3. Dibaca 100 kali setiap kali selepas Solat Sunat Hajat pada beberapa malam, insya Allah masalahnya diselesaikan.
4. Dibaca 313 kali setiap hari, insya Allah akan mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki oleh Allah SWT.
5. Dibaca 1000 kali, insya Allah tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.

Imam Qurtubi R.A

Dibaca 41 kali atau 100 kali, insya Allah akan dihilangkan segala dukacita dan kesusahannya. Dimudahkan segala urusan, diangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan dibuka pintu kebajikan.

Imam Sayyidi Muhammad Khafi R.A

1. Dibaca 4444 kali dalam tempoh tujuh (7) hari lapan (8) malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh, insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.

2. Jika membacanya sebanyak 3 kali selepas selesai menunaikan solat fardhu, maka akan memperolehi pahala sama seperti memperolehi Haji Mabrur atau Haji yang Maqbul.




Saturday, 28 November 2020

Resepi Mee Kari Mudah Disediakan dari Kitchen Mommy Zeti

Resepi Mee Kari Mudah Disediakan dari Kitchen Mommy Zeti (untuk 15 orang makan)

Ramuan

2 bungkus Mee kuning
Ayam ½ ekor potong kecil
Sebungkus fish cake
Sebungkus fish ball
Tauhu kering
5 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 peket kecil serbuk kari
3 sekawan. Boleh juga guna sup bunjut
3 tangkai daun kari
1 sudu besar cili giling atau serbuk cili (jika nak pedas)
Santan ½ kilo @ 2 kotak kecil

Untuk hiasan
Sawi
Taugeh
Cili merah, cili hijau
Kobis
Telur
Bawang goreng
Daun sup, daun bawang

Cara Penyediaan
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, daun kari, sup bunjut, serbuk kari daging dan serbuk cili (jika nak pedas)
2. Masukkan ayam. Masuk air sedikit. Tunggu sehingga masak
3. Masukkan fish cake, fish ball, tauhu kering
4. Masukkan santan. Masak sehingga pecah minyak
5. Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam, kiub ayam
6. Di periuk lain, celur mee dan sayur-sayur
7. Sedia untuk dihidangkan
# gambar ehsan uncle Google

Monday, 23 November 2020

Pengalaman hamil bersama Set Hamil Shaklee

Jom mommy share pengalaman mommy mengandung Aariz. Alhamdulillah masa pregnant Aariz mommy sihat walafiat. Cuma trimester pertama tu je lembik. Bukan morning sickness tapi evening night sickness sampai turun berat masa tu.

Gambar masa berkursus di Melaka

Mai trimester kedua, Alhamdulillah dah sihat, selera makan pun ok. Memang makan je kerjanya. Trimester ketiga pun ok cuma baby kat dalam sangat aktif. Sampai dah lahir ni pun sangat aktif. Sampai maktok tanya masa dalam perut macam mana la agaknya.

Selalu meeting di luar pejabat

Masalah kesihatan tak ada. Cuma ada time hb low. Masa mengandung Aiman depa kata mommy anemia. Kali ni ok tak sampai anemia. Tapi depa terkejut baby besar sampai tanya ada diabetes ke. Memang hero² mommy besar pun doktor. Dari Aiman (3.27kg), Amsyar (3.67kg). So itu adalah normal. Janji berat mommy maintain cun.

Bercuti di Cameron Highland

Eh ada satu lagi. Masa nak dekat bersalin kaki bengkak. Doktor risau mommy darah tinggi so suruh mommy followup di klinik setiap 2 hari. Alhamdulillah bp ok, urin pun ok. Caring kan doktor mommy.

Bertugas masa Pilihanraya

Masa pregnant ni memang setengah orang akan ada masalah. Sama ada hb low, alahan, GDM (diabetes semasa hamil), jangkitan GBS, darah tinggi, kencing kotor dan sebagainya. Yang tak ada masalah, alhamdulillah. Bahagian masing-masing.

Hari Raya Aidil Fitri..1st time puasa masa mengandung

So, nak menjalani proses kehamilan dengan lancar, mommy makan full set hamil Shaklee. Seiring dengan umur mommy, so sangat letih masa mengandung kali ni. Tapi Alhamdulillah, bila makan full set hamil ni, mommy sangat bertenaga. Walaupun masa ni tersangatlah busy dengan komitmen kerja. Pergi kursus merata. Dan mommy juga ada masalah masa pregnant seperti berikut:

  • alahan yang tersangat teruk. makan muntah semula. tak ada selera nak makan
  • ada time HB tak cantik
  • suspek darah tinggi
  • alahan kulit
  • stress dan mood swing

Nak bersalin dah 

So, penyelesaian bagi masalah tu ialah.. Mommy makan full set hamil Shaklee. Apa yang terkandung dalam set ini ialah:

  • ESP (alas perut, perut tiada stretchmark, beri tenaga, elak kolestrol tinggi dan elak GDM)
  • B Complex (kawal emosi, mood, bantu kawal hb yang cantik)
  • Vitamin C (kuatkan imun dan antibodi mommy dan baby, kesihatan gigi, kulit yang glowing)
  • Vitalea (multivitamin yang memenuhi nutrien yang diperlukan oleh ibu, kawal hb, beri tenaga)
  • OmegaGuard (bagus untuk pembentukan otak baby, kuatkan memori ibu, elak alahan seperti lelah dan ekzema, kawal berat badan mommy. berat mommy masa mengandung kali ni memang tak naik sangat)
  • Ostematrix (elak simpul biawak, hilangkan lenguh badan, bantu tidur yang lena, cukupkan keperluan kalsium untuk pembentukan tulang baby)
Mommy memang puas hati makan set hamil Shaklee ni dan mommy teruskan sehingga berpantang. Ini set yang mommy cakap tu. Cuma dalam gambar tak ada Vitalea. Mommy jadi bertenaga, berat tak naik banyak dan muka pun berseri masa ni. hihi..



Kalau kawan-kawan nak rasai perbezaan mengandung dengan Shaklee, boleh hubungi mommy untuk keterangan lanjut ya..

Mommyzeti@gmail.com / 012-3635898

Hai kawan-kawan.. I'm back!

 Assalamualaikum kawan-kawan.. Masya allah bersawang blog kesayangan mommy ni.. dekat 4 tahun tak kemaskini.. Dalam 4 tahun ni, mommy pun da...