Friday, 19 February 2021

Set Berpantang Shaklee

                                   

Assalamualaikum.. Hai gais..

Arini mommy nak share tentang Set Berpantang Shaklee. Memang best sangat berpantang dengan Shaklee sebab cover semua nutrien yang diperlukan oleh badan kita. 

Suplemen apa yang ada dalam set berpantang?

  • Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Omega Guard
  • Ostematrix
  • ESP
  • Zinc 
  • Alfafa 


Fungsi dan Kebaikan Set Berpantang

1) Energizing Soy Protein (ESP)
  • Membantu menghasilkan hormon dalam badan, serta membina sel-sel dalam badan. Hormon oxytocin dan prolactin adalah sangat penting kepada ibu menyusu. 
  • Komponen utama susu ibu adalah protein (selepas air). Justeru protein adalah penting untuk penghasilan susu. Kurang protein boleh menyebabkan ibu mengalami masalah kurang susu.
  • Membantu penyembuhan luka secara menyeluruh.
  • Membantu memekatkan susu, justeru bayi lebih cepat kenyang dan kurang meragam.
  • Mengenyangkan dan memberi tenaga.

2) Vita C Sustained Release
  • Sangat penting untuk penyembuhan luka selepas bersalin
  • Penting dalam pembinaan tisu penghubung untuk memcantum semula tisu yang koyak semasa proses kelahiran
  • Meningkatkan imuniti ibu untuk mengelakkan ibu mendapat jangkitan dari luka bersalin
  • Memelihara kelenjar dari tekanan dan kecederaan termasuk kelenjar susu
  • Menyerikan semula wajah ibu selepas bersalin agar tidak kusam


3) Alfalfa Complex

  • Alfalfa pula bertindak sebagai milk booster turut membantu menangani sakit-sakit badan dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh.
  • Ia juga membantu dalam menangani masalah sembelit yang sering dialami wanita selepas melahirkan
  • Pengambilan Alfalfa adalah bergantung kepada ibu dan anak yang tidak mempunyai penyakit SLE dan bebas daripada jaundice atau sakit kuning.


4) Ostematrix

  • Dalam tempoh berpantang ibu kerap mengalami sembelit. Kandungan magnesium di dalam Ostematrix membantu melembutkan najis dan melancarkan pergerakan usus
  • Menguatkan tulang ibu dan bayi 
  • Menggantikan kalsium yg hilang semasa mengandung dan bersalin
  • 40% kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu
  • Membantu mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, sakit sendi, sakit belakang dan kebas-kebas



5) Vitalea Iron

  • Multivitamin yang mempunyai 28 jenis mineral yang sangat diperlukan oleh badan. Semasa bersalin, ibu banyak kehilangan darah. Dengan mengambil vitalea iron formula ini membantu hasilkan sel darah merah (haemoglobin) 
  • Semasa tempoh berpantang, ibu perlu berpantang banyak makanan. Jadi, untuk cukupkan keperluan nutrisi dan gizi tersebut, kandungan mineral dan vitamin dalam vitalea boleh membantu ibu
  • Kekurangan nutrisi akan menyebabkan ibu berasa keletihan sekaligus mengalami stress. Dalam pantang sebolehnya elakkan stress kerana ia akan mengganggu pengeluaran susu ibu
  • Zink yang terdapat dalam vitalea ini membantu penyembuhan luka dalaman
  • Vitalea tidak boleh diambil dengan minuman kafien atau susu kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi secara optimum



6) Omega Guard

  • Membantu mengurangkan kemurungan ibu berpantang
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengurangkan masalah lupa selepas bersalin. Yang ini perkara normal berlaku
  • Sangat membantu dalam oerkembangan sensori motor anak


7) B Compex dengan Asid Folik
  • B Complex verfungsi sebagai penstabil emosi ibu berpantang. Mengelak daripada stress yang boleh menyebabkan ibu menjadi meroyan
  • Sebagai penenang saraf
  • Menukarkan makanan kepada tenaga
  • Juga membantu dalam penghasilan darah merah
  • Memelihara kulit dari dalam. Vitamin b juga penting untuk kecantikan

8) Zinc

  • Penting untuk menyembuhkan luka jahitan dan luka dalaman

Testimoni Set Berpantang




Buat uol yang sedang mencari set berpantang, bolehlah cuba Shaklee. Insya Allah akan rasai perbezaan. Set ini juga boleh diteruskan selepas berpantang untuk perbanyakkan susu badan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi mommy:

Mommy Zeti : 012-3635898
FB: Zeti Akhtar Salim
Emel : mommyzeti@gmail.com


Saturday, 9 January 2021

Zayyan Amsyar bersunat

Mulanya mommy cadang nak sunat Amsyar awal. Tapi minggu depannya Amsyar ada hari penyampaian sijil tamat tadika, so mommy call klinik minta postponed ke date baru iaitu 28 Disember 2020.

Lepas je Amsyar balik dari tadika, kami bawa dia pi makan-makan dulu then baru pegi klinik. Masa ni tahap confident Amsyar di high level. Memang tak takut langsung, cool je 😊 Mommy pun lega..


Masa ni dekat klinik memang ada kami je. So bila turn Amsyar masa baring ni ok lagi. Tapi bila kena cucuk bius, terus dia menjerit taknak sunat 😖Oh ya, kami pilih kaedah laser. 


Rasanya dia trauma sampai doktor pegang bebird dia pun dia rasa sakit padahal da bius. Jenuh la mommy nak pujuk Amsyar, daddy pulak kawal kaki dia supaya senang doktor buat kerja. Alhamdulillah doktor dengan nurse melayan je tantrum dia masa ni.


Kesian dia macam trauma lepas sunat. Memang lepas tu tak boleh tersentuh langsung bebird dia walaupun tak ada pape sebenarnya. So balik rumah, bermulalah sesi berpantang. Doktor kata dari segi pemakanan tak ada pantang sangat. Sebab mereka perlu makan protein untuk sembuhkan luka.


Masa balik ni, mommy bagi roti bakar untuk minum petang, dan bubur nasi ayam masa makan malam. Ramai tanya ayam tak gatal ke? Tak tau la, mommy sebenarnya cuba je bagi dia makan. Alhamdulillah tak ada pulak Amsyar mengadu gatal. Dari segi pemakanan, dia makan apa yang kami makan. Cuma mommy tak bagi dia minum air sejuk. Dia pun bijak, setiap kali nak makan apa-apa, dia tanya dulu boleh ke tak 😁 Dan mommy bagi dia makan ubat yang doktor bagi (ubat tahan sakit, antibiotik dengan bengkak) dan ubat sapu.


Mak tokey Shaklee, mestilah bagi juga suplemen dekat Amsyar untuk makan. Mommy bancuhkan ESP untuk dia minum, then telan sebiji Vitalea Children, sebiji OmegaGuard dan 1/2 biji Vitamin C. Sehari sekali je mommy bagi dan jarakkan dengan pengambilan ubat. Dari segi penjagaan bebird tu, memang payah sikit sebab awal tu dia takut nak kencing. Bila da boleh kencing, takut nak basuh pulak. Awal ni memang menguji kesabaran sikit la. Nasib mommy hang sabar anak ooi 😘


Alhamdulillah masuk hari ketiga dia dah boleh keluar rumah. Lepak kat luar tengok abang ngan adik dia main. Hari keempat dia dah mula pakai seluar. Syukur sangat. Hari ke-9 dia dah ikut pakngah dia balik Tanjung Karang. Masa ni memang da fully pakai seluar. Dan dah berani kencing dan basuh tanpa tantrum.

Beginilah pengalaman jaga anak sunat kaedah laser. Masa Aiman dulu fully bius so dia tak la trauma. Lepas ni kita tunggu si kecik pulak sunat 😚 Pada kawan-kawan yang nak sunatkan anak, pertama sekali pilihlah kaedah yang uol rasa ok untuk anak. Laser @ clamp. Then dari segi pemakanan, makanlah makanan yang berkhasiat yang bantu untuk sembuhkan luka.Oh ya, masa kedua-dua anak ni, mommy bagi depa berendam dalam air garam. Memang diaorg rasa selesa sangat. Dan untuk keringkan, kalau uol ada hair dryer lagi bagus. Macam mommy lupa nak standby. 

Ok la, sampai sini saja perkongsian mommy. Kalau nak bertanya tentang suplemen yang sesuai untuk anak, boleh call/emel mommy ok..

Salam sayang,
Mommy Zeti / 0123635898 / mommyzeti@gmail.com




Hai kawan-kawan.. I'm back!

 Assalamualaikum kawan-kawan.. Masya allah bersawang blog kesayangan mommy ni.. dekat 4 tahun tak kemaskini.. Dalam 4 tahun ni, mommy pun da...