Zayyan Amsyar bersunat
Mulanya mommy cadang nak sunat Amsyar awal. Tapi minggu depannya Amsyar ada hari penyampaian sijil tamat tadika, so mommy call klinik minta postponed ke date baru iaitu 28 Disember 2020.
Masa ni dekat klinik memang ada kami je. So bila turn Amsyar masa baring ni ok lagi. Tapi bila kena cucuk bius, terus dia menjerit taknak sunat 😖Oh ya, kami pilih kaedah laser.
Rasanya dia trauma sampai doktor pegang bebird dia pun dia rasa sakit padahal da bius. Jenuh la mommy nak pujuk Amsyar, daddy pulak kawal kaki dia supaya senang doktor buat kerja. Alhamdulillah doktor dengan nurse melayan je tantrum dia masa ni.
Lepas je Amsyar balik dari tadika, kami bawa dia pi makan-makan dulu then baru pegi klinik. Masa ni tahap confident Amsyar di high level. Memang tak takut langsung, cool je 😊 Mommy pun lega..
Kesian dia macam trauma lepas sunat. Memang lepas tu tak boleh tersentuh langsung bebird dia walaupun tak ada pape sebenarnya. So balik rumah, bermulalah sesi berpantang. Doktor kata dari segi pemakanan tak ada pantang sangat. Sebab mereka perlu makan protein untuk sembuhkan luka.
Masa balik ni, mommy bagi roti bakar untuk minum petang, dan bubur nasi ayam masa makan malam. Ramai tanya ayam tak gatal ke? Tak tau la, mommy sebenarnya cuba je bagi dia makan. Alhamdulillah tak ada pulak Amsyar mengadu gatal. Dari segi pemakanan, dia makan apa yang kami makan. Cuma mommy tak bagi dia minum air sejuk. Dia pun bijak, setiap kali nak makan apa-apa, dia tanya dulu boleh ke tak 😁 Dan mommy bagi dia makan ubat yang doktor bagi (ubat tahan sakit, antibiotik dengan bengkak) dan ubat sapu.
Mak tokey Shaklee, mestilah bagi juga suplemen dekat Amsyar untuk makan. Mommy bancuhkan ESP untuk dia minum, then telan sebiji Vitalea Children, sebiji OmegaGuard dan 1/2 biji Vitamin C. Sehari sekali je mommy bagi dan jarakkan dengan pengambilan ubat. Dari segi penjagaan bebird tu, memang payah sikit sebab awal tu dia takut nak kencing. Bila da boleh kencing, takut nak basuh pulak. Awal ni memang menguji kesabaran sikit la. Nasib mommy hang sabar anak ooi 😘
Alhamdulillah masuk hari ketiga dia dah boleh keluar rumah. Lepak kat luar tengok abang ngan adik dia main. Hari keempat dia dah mula pakai seluar. Syukur sangat. Hari ke-9 dia dah ikut pakngah dia balik Tanjung Karang. Masa ni memang da fully pakai seluar. Dan dah berani kencing dan basuh tanpa tantrum.
Beginilah pengalaman jaga anak sunat kaedah laser. Masa Aiman dulu fully bius so dia tak la trauma. Lepas ni kita tunggu si kecik pulak sunat 😚 Pada kawan-kawan yang nak sunatkan anak, pertama sekali pilihlah kaedah yang uol rasa ok untuk anak. Laser @ clamp. Then dari segi pemakanan, makanlah makanan yang berkhasiat yang bantu untuk sembuhkan luka.Oh ya, masa kedua-dua anak ni, mommy bagi depa berendam dalam air garam. Memang diaorg rasa selesa sangat. Dan untuk keringkan, kalau uol ada hair dryer lagi bagus. Macam mommy lupa nak standby.
Ok la, sampai sini saja perkongsian mommy. Kalau nak bertanya tentang suplemen yang sesuai untuk anak, boleh call/emel mommy ok..
Salam sayang,
Mommy Zeti / 0123635898 / mommyzeti@gmail.com
graphite titanium babyliss pro
ReplyDeleteGraphite titanium titanium money clip babyliss pro. Made used ford edge titanium in United States. Free Shipping. 4 out of 5 stars from $17.99 USD. Made titanium dioxide formula in nano titanium ionic straightening iron United titanium chords States.