Monday, 20 November 2017

Doa Sebelum Berangkat Ke Tanah Suci (umrah)

"Ya Allah, kami memohon keampunan Mu ya Allah. Kami memohon rahmat Mu ya Allah. Kami memohon taufik dan hidayah Mu, ya Allah. Kami dijemput oleh Mu bagi menunaikan ibadah umrah pada tahun ini. Kami bersyukur atas segala nikmat yg Engkau berikan kepada kami sekeluarga.

Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamu Mu ya Allah. Tetamu yang paling istimewa ya Allah, tetamu yang paling-paling istimewa ya Allah. Kami tahu, Engkaulah yang berkuasa memberi keistimewaan kepada sesiapa yang Engkau mahu berikan. Ya Allah, ampunilah diri kami ya Allah.

Ya Allah, Kau peliharalah keselamatan dan kesihatan ahli keluarga kami di Malaysia. Tenangkanlah hati mereka. Jangan Kau cetuskan rasa rindu kepada kami sepanjang kami menjadi tetamu Mu ya Allah. Kau hilangkan lah rasa rindu kami kepada mereka semasa kami berada di sana.

Ya Allah, berikanlah kesihatan kepada ibu bapa kami. Kau lindungilah mereka. Masukkanlah mereka dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Kau balaslah budi baik mereka dengan memberi kemuliaan, kesejahteraan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Kau ampunilah dosa dosa mereka ya Allah.

Ya Allah, Kau ampunilah diri kami. Ya Allah, kami pergi ke rumah Mu semata mata untuk beramal ibadah kepada Mu. Janganlah Kau palingkan niat dan tujuan kami. Jangan Kau sukarkan perhubungan antara kami.

Ya Allah, Kau berilah perasaan kasih sayang, cinta mencintai antara kami suami isteri dan adik beradik, saling maaf bermaafan dan tidak cepat berasa tersinggung dan bermasam muka. Jadikanlah kami saling faham memahami dan saling kasih mengasihi. Ya Allah, jauhilah kami dari bertelingkah dan berselisih faham yang boleh menjejaskan amal ibadah kami di sana nanti ya Allah. Jangan Kau uji kami dalam soal ini ya Allah.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami. Bermula dari kami keluar dari rumah ini sehinggalah kami kembali ke sini. Janganlah kami terjebak dengan sebarang kesulitan yang menyukarkan kami untuk sampai ke rumah Mu. Jauhilah kami dari mala petaka atau bencana yang akan menimpa kami Ya Allah.

Ya Allah, jangan Kau pisahkan kami. Berilah ketenangan, keamanan dan kemudahan terutamanya dalam soal-soal kesihatan sepanjang perjalanan kami. Elakkan kami dari perasaan kerap membuang air kecil. Peliharalah kesihatan kami, mudah mudahan dengan kesihatan yang Kau berikan. Dapatlah kami beramal ibadah untuk mendekatkan diri kami kepada Mu.

Ya Allah, hanya pada Mu lah, tempat kami bergantung harap. Berikanlah kemudahan kepada kami sekeluarga. Berikanlah keistimewaan kepada kami dalam segala perkara. Tempatkanlah kami dikawasan yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar tempat tinggal kami tidak menjadi penghalang kepada tujuan kedatangan kami ke Tanah Haram ini.

Ya Allah, kami mahu beramal ibadah kepada mu. Semata mata untuk Mu, ya Allah. Permudahkanlah makan minum kami dan berikanlah kesihatan yang baik sepanjang kami di sana. Kau berikanlah kesabaran kepada kami dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan disana nanti.

Ya Allah, semasa kami di Madinah nanti, Kau berikanlah rasa cinta, rasa sayang dan rasa kasih kepada Masjidil Nabawi. Ya Allah, kami mahu yang terbaik. Kamu mahu beramal ibadah di sana. Berikanlah kami peluang menziarahi dan melalui Makam Rasulullah. Berilah kami ruang untuk bersembahyang di Raudah. Cukupkanlah sembahyang kami sekurang kurangnya 40 waktu secara berterusan.

Berilah kami peluang untuk melakukan yang terbaik di sana nanti ya Allah.
Ya Allah, kami akan mengerjakan ibadah umrah. Kau terimalah ibadah ini ya Allah. Semasa kami di Mekah nanti, mudahkanlah kami melakukan ibadah umrah Ya Allah.

Berikanlah laluan dan lorongan bagi kami melakukan tawaf umrah. Permudahkanlah kami melakukan sai’. Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kesihatan untuk kami melakukan amal ibadah ini. Ya Allah, jangan Kau uji kami dengan rasa jarak yang jauh, hati yang malas dan tenaga yang tiada.

Ya Allah, semasa kami berada di Tanah Haram nanti, janganlah Kau lalaikan kami dengan bersenang lenang dan malas beramal ibadah. Ya Allah, kami hadir sebagai tetamu Mu dalam keadaan jahil. Kaulah yang dapat membantu kami.

Ya Allah, berikanlah kami perasaan jatuh cinta kepada Masjidil Haram. Gerakkanlah hati kami supaya sentiasa berada di sana. Beramal ibadah di sana. Itulah cita-cita kami ya Allah. Kami datang semata mata kerana Mu ya Allah. Kerana Mu ya Allah. Ya Allah, tutuplah pintu hati kami daripada lalai membeli belah di sana nanti.

Ya Allah, penuhilah ruang masa kami dengan melakukan amal ibadah yang sepatutnya kami lakukan. Ya Allah, kami ingin khatam Al Quran di Masjidil Haram Ya Allah. Ya Allah, kami ingin bersembahyang di Hijir Ismail Ya Allah. Ya Allah, kami ingin mencium Hajar Aswad. Ya Allah, kami ingin berdoa dihadapan Multazam ya Allah. Berilah ruang kepada kami apabila kami memerlukannya ya Allah. Berikanlah rasa kasih yang mendalam kepada Masjidil Haram.
Ya Allah, Kau ajarlah kami. Kau bantulah kami. Kau tunjukkanlah dengan sebaik-baik pengajaran. Kau berikanlah ilham untuk kami melakukan yang terbaik. Hanya yang terbaik untuk Mu ya Allah. Ampunilah kami ya Allah, hanya kepada mu tempat kami berserah dengan sesungguhnya.

Ya Allah, gerakkanlah hati kami untuk melakukan umrah sunat sebanyak mungkin. Ya Allah, gerakkanlah hati kami bagi membanyakkan amal di Masjidil Haram. Berikanlah perasaan kasih sayang, cinta dan keinginan untuk berada di sana. Ya Allah, mudahkanlah untuk kami melakukan ibadah tawaf, bersembahyang dan membaca al quran.

Ya Allah, ampunilah kami. Permudahkanlah perjalanan kami dari Madinah ke Mekah. Jauhilah kami daripada sebarang mala petaka. Jangan Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak dapat kami memikulnya Ya Allah. Berikanlah kesihatan kepada kami. Amankan hati kami. Tenangkan perasaan kami. Ingatkan kami untuk bertalbiah di sepanjang jalan.
Ya Allah, mudahkan urusan kami sepanjang menjadi tetamu Mu. Ya Allah, tetapkan hati kami untuk beramal ibadah. Ya Allah, kuncilah mulut kami daripada bercakap perkara yang tidak memberi faedah. Jauhilah kami daripada mereka yang suka bersembang, menghabiskan masa dan membazir waktu.

Ya Allah, berikanlah taufik dan hidayah Mu kepada kami. Kau berikanlah kerahmatan Mu kepada kami. Ya Allah,selepas selesai segala-galanya, kami memohon kepada Mu, permudahkanlah perjalanan pulang kami. Jauhilah kami dari malapetaka sepanjang perjalanan pulang kami. Berikanlah keselamatan kepada kami sehingga kami dapat berjumpa dengan ahli keluarga kami. Ya Allah, Kau berkatilah kami ya Allah. Ampunilah kami ya Allah.

Ya Allah, kami ini adalah manusia jahil. Kami ini manusia yang kerdil. Kami banyak dosa kepada Mu. Ampunilah kami. Kami pergi menunaikan umrah semata mata kerana ketakutan dan keinginan untuk menyampaikan rasa syukur kami kepada Mu. Kau yang Maha Berkuasa. Kau yang memakbulkan segala permohonan hamba Mu. Ya Allah, kami mahu yang terbaik, yang teristimewa dan yang terpilih diantara jutaan hamba-hamba Mu.

Ya Allah, berikanlah dan kurniakanlah umrah yang mabrur kepada kami sekeluarga, umrah yang Kau redhai dan yang mulia disisimu. Ya Allah, apabila kami pulang ke Malaysia nanti, kami mahu berubah ya Allah. Kami mahu menjadi manusia yg lebih baik disisimu.
Ya Allah, berikanlah kebahagian kepada kami sekeluarga. Berikanlah rezeki yang halal dan jauhilah kami daripada mereka yang suka membuat fitnah. Kaulah yang mencipta kami dan kami hanyalah hamba Mu yang hina dan tidak berpengetahuan.

Ya Allah, sekiranya kami dipanggil oleh Mu, Kau masukkanlah kami dikalangan orang yang beriman, mereka yang beramal soleh. Kau tempatkanlah kami di dalam syurga Mu yang paling istimewa. Syurga Firdaus ya Allah. Kami mohon keredhaan Mu.

*Kredit to MariaFirdaus

Thursday, 7 September 2017

Balinitis - Part 3

25/8/2017
-----------------
Semalam maktok, makde, daddy, adik Amsyar mai melawat Aiman.. sonok Aiman jumpa Amsyar. kesian adik mommy abaikan adik 2,3 hari ni.. sori ye dik, adik dok ngan daddy dulu. mommy nak bagi abang sihat..



So inilah harinya Aiman bakal disunatkan. dan hari ni jugaklah hari ulang tahun perkahwinan mommy ngan daddy yang ke-10 tahun. tahun ni special sebab celebrate kat hospital. Seawal jam 8am Aiman da kena start puasa. lepas mandikan bagi makan kenyang2, bagi minum susu, so kita start puasa. mommy pun teman sama.



Jam 10am Aiman da mintak nak makan roti. gelabah mommy sebab ni festime Aiman puasa. bawakla dia pi jalan2 ngan wheel chair. masuk bilik membaca, bilik mainan, tengok tv jap, pastu balik bilik. makteh pun datang melawat Aiman. jam 2pm kami da ready tapi bilik OT tak ready lagi. tunggu sampai kul 3pm baru dipanggil. nurse suruh tukar baju. perasaan mommy masa ni da bergolak. sedih takut semua ada. tapi depan Aiman mommy kena kuat, senyum supaya dia pun kuat.



dah ready, nurse pun bawak Aiman ke OT. mommy ikut sama. mommy pun kena sarung baju utk masuk ke bilik OT. Aiman diiring masuk ke OT. 



pakar bius cerita kat mommy serba sikit. Aiman akan dibius satu badan dengan cara sedut gas. masa ni Aiman da nangis takut dan takmo sunat. sampaila dia sedut gas, terus tertido. mommy pun kena keluar. ya allah, masa ni memang mommy sedih sangat2 sebab tinggalkan dia sorang. mommy doa supaya prosedur dipermudahkan. daddy pun da sampai masa ni. so kami tunggu di bilik menunggu sampai la nurse panggil mommy sebab doktor nk jumpa. rupanya da selesai proses sunatkan Aiman.



Aiman ditempatkan di bilik ni sementara tunggu dia sedar. mommy panggil2 nama dia suruh bangun. sebelum tu Dr Zul cerita kat mommy apa yang dia buat kat Aiman. katanya masa sunat tu, dah ada nanah sebab tu Aiman susah nak kencing. dia tunjukkan kat mommy tempat yang disunat. terkejut jugak tengok sebab festime. tapi Alhamdulillah semuanya dah selamat. cuma lepas ni kena berpantang pergerakan. makan minum bagi dia tak perlu pantang. selang beberapa minit Aiman pun da sedar. macam lalok sikit sebab kesan bius. then Aiman disorong balik ke wad.

kesian Aiman, masih tak boleh makan lagi. selepas sejam baru boleh makan. tu pun kena start dengan minum air sikit then baru makan. sebab nak elakkan dia muntah. syarat untuk discharge doktor pesan dia kena kencing dulu. member baru lepas sunat, takut2 lagi nak kencing. jenuh bagi dia minum air banyak2. tapi alhamdulillah, lepas maghrib dia pun da kencing dan nurse pun buat proses discharge. bagi ubat antibiotik, ubat iodin dan ubat sapu pada bebird.

Bermulalah proses berpantang.. 

Wednesday, 6 September 2017

Balinitis - Part 2

24/8/2017
-----------------
Pagi tu Aiman tak pi sekolah. dan mommy pun mintak excuse kat bos nak pi hospital dulu bawak Aiman. kami pi la ke Jabatan Pakar Bedah, Hospital Sungai Buloh. tapi tak ada rezeki kami sebab katanya pakar tak ada hari tu. mereka lawat wad. so tak bole nk buat pape. mommy pun bagitau, anak saya ni da sakit sangat sampai tak bole kencing. mereka suruh kami pi kecemasan semula. Ya Allah, mommy hanya mampu bersabar je.

mommy call kawan mommy, mas mintak pendapat. dia cadangkan mommy pegi Pusrawi sebab anak dia pun penah jadi macam ni. kami breakfast di hospital dan terus ke Pusrawi. terpinga jugak la sebab festime dapatkan rawatan kat sini. pi pendaftaran, dia suruh refer klinik Am. jumpa doktor dia pun bagitau kena sunat tapi pakar cuma ada petang. sebelum menjelang petang dan masuk wad, dia suruh buat treatment. terkejut mommy.. betapa seriusnya sakit Aiman sampai kena warded terus.



mommy berpecah dengan mokde. mokde teman Aiman, mommy pi Kesihatan untuk ambil GL. untuk mudahkan pergerakan, mommy ambil Grab pegi balik. 

Alhamdulillah dipermudahkan. masa sampai semula di klnik, Aiman terbaring dekat katil dan air kencing dia berjaya dikeluarkan. rupanya time mommy takde tu, depa masukkan wayar dalam bebird Aiman untuk keluarkan air kencing. dan icepack diletak kat perut sebab air kencing Aiman terkumpul. kesian anak mommy. nampak dia pun rasa lega bila air kencing da dikeluarkan.



selepas urusan masuk wad selesai, kami pun dibawa naik ke wad. Aiman ditempatkan di Wad Ar Raihan, Bilik 10. kami menunggu doktor datang melawat jam 4 petang. bila pakar datang dan check Aiman, terus dia cakap, ok sunat esok jam 2pm. memang itu saja penyelesaian bagi sakit Aiman. Aiman dengar je perkataan sunat, terus menangis takmo sunat. mommy pun da siap sign borang kebenaran untuk Aiman sunat esoknya. mommy harus untuk tengok Aiman sihat semula. sori ya sayang..

Balinitis - Part 1

22/8/2017
-----------------
Mommy akan share tentang pengalaman abang Aiman masa kena balinitis dalam blog ni.. supaya parent yang lain boleh buat rujukan jika berlaku pada anak mereka..

9.30 malam mommy minta abang Aiman kencing dulu sebelum tido.. masa ni la permulaan Aiman susah nak kencing. dia menjerit dari bilik air katanya kencing dia ada darah. mommy lari pi tengok, memang ada darah 😰 mommy tanya dia banyak kali ada sakit kat mana2 tak. dia kata tak ada. ada kawan2 buat apa2 tak. pun katanya tak ada. terus mommy bawak Aiman pegi Klinik Bahiah.

Doktor tekan perut untuk pastikan adakah Aiman ada infection pada salur kencing. tapi Aiman cakap dia tak sakit perut. check pada bebird masa tu tak ada apa2 kecederaan. so doktor nasihat untuk lebih detail kena refer hospital. untuk malam tu, doktor bekalkan ubat Potassium untuk mudahkan Aiman kencing

23/8/2017
-----------------



Hari ni Aiman ada sambutan Hari Merdeka. Aiman da mula tunjuk kesukaran nak kencing. dia akan menangis bila nak kencing. macam kita yang kencing kotor. tapi dia masih lagi nak pi school. siap pakai baju seragam polis yang mommy sediakan. ensem anak mommy. 



mommy promise ngan dia akan pi school jemput dia untuk bawa ke hospital. jam 12 tengah hari mommy bawak dia pi hospital sungai buloh. Alhamdulillah time ni tak ramai orang. 



masa jumpa doktor, doktor cakap balinitis dan buat surat refer pakar bedah. mommy da cuak. dia kata berkemungkinan kena sunat, tp tunggu kata pakar. pi farmasi dapat antibiotik sampai 3 botol dan ubat tahan sakit. mommy rasa mungkin bole kurangkan sakit Aiman nanti



so, lepas amik ubat mommy pun pi jabatan pakar bedah untuk set appointment. kaunter cakap pakar da balik nanti mereka akan call semula. kami pun balik ke rumah. bagi Aiman makan ubat. sampai ke malam Aiman masih lagi susah nak kencing. bila nak kencing menangis. keluar setitik dua 😔 sampai atuk urut pelan2 nak bagi mudah keluar.. malam tu kami tido kat bawah. mommy tekad nak pi Hospital Sungai Buloh awal pagi esoknya.

Friday, 14 April 2017

7 Sebab Ibu Bapa Beri Anak Mereka Vitalea Children

Adakah anak kita mendapat nutrien yang secukupnya dari pemakanan? 


Mesti susahkan? Tambah lagi pada anak yang memilih makanan. Bagaimana mereka nak cukupkan nutrien yang badan perlukan? 

Jom kita tengok apa bestnya Vitalea Children kegemaran ibu bapa buat anak mereka

1. Mengandungi 18 jenis vitamin dan mineral perlu. 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua jenis vitamin B, Kalsium, Magnesium, Zinc,  Copper dan pelbagai mineral lain.



2. Formula yang diperbaharui berbanding yang lama.

3. Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.

4. Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.

5. Bebas gluten, datang dalam perisa anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya!

6. Multivitamin kanak-kanak terbaik dipasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.

7. Sangat sesuai diambil kanak-kanak berusia 4  hingga 12 tahun terutama yang tidak suka makan sayur.

Berminat, 
Mommy Zeti/0123635898

17 Fungsi Vitalea Children

Assalamualaikum kawan-kawan.. 
Jom kita tengok apa manfaat Vitalea Children (multivitamin) buat anak-anak kita 😀


  1. melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi daripada pemakanan harian
  2. meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  3. menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  4. meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  5. memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
  6. melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf
  7. meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat
  8. menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang
  9. membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga
  10. mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal
  11. mencegah penyakit beguk (tiroid)
  12. meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan anemia atau merawat anemia
  13. membantu memulihkan selera makan
  14. melancarkan proses pencernaan
  15. membantu meningkatkan kecerdasan minda
  16. membantu seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  17. membantu penyerapan zat daripada makanan                 Berminat, Mommy Zeti/0123635898

Hai kawan-kawan.. I'm back!

 Assalamualaikum kawan-kawan.. Masya allah bersawang blog kesayangan mommy ni.. dekat 4 tahun tak kemaskini.. Dalam 4 tahun ni, mommy pun da...