Balinitis - Part 2

24/8/2017
-----------------
Pagi tu Aiman tak pi sekolah. dan mommy pun mintak excuse kat bos nak pi hospital dulu bawak Aiman. kami pi la ke Jabatan Pakar Bedah, Hospital Sungai Buloh. tapi tak ada rezeki kami sebab katanya pakar tak ada hari tu. mereka lawat wad. so tak bole nk buat pape. mommy pun bagitau, anak saya ni da sakit sangat sampai tak bole kencing. mereka suruh kami pi kecemasan semula. Ya Allah, mommy hanya mampu bersabar je.

mommy call kawan mommy, mas mintak pendapat. dia cadangkan mommy pegi Pusrawi sebab anak dia pun penah jadi macam ni. kami breakfast di hospital dan terus ke Pusrawi. terpinga jugak la sebab festime dapatkan rawatan kat sini. pi pendaftaran, dia suruh refer klinik Am. jumpa doktor dia pun bagitau kena sunat tapi pakar cuma ada petang. sebelum menjelang petang dan masuk wad, dia suruh buat treatment. terkejut mommy.. betapa seriusnya sakit Aiman sampai kena warded terus.



mommy berpecah dengan mokde. mokde teman Aiman, mommy pi Kesihatan untuk ambil GL. untuk mudahkan pergerakan, mommy ambil Grab pegi balik. 

Alhamdulillah dipermudahkan. masa sampai semula di klnik, Aiman terbaring dekat katil dan air kencing dia berjaya dikeluarkan. rupanya time mommy takde tu, depa masukkan wayar dalam bebird Aiman untuk keluarkan air kencing. dan icepack diletak kat perut sebab air kencing Aiman terkumpul. kesian anak mommy. nampak dia pun rasa lega bila air kencing da dikeluarkan.



selepas urusan masuk wad selesai, kami pun dibawa naik ke wad. Aiman ditempatkan di Wad Ar Raihan, Bilik 10. kami menunggu doktor datang melawat jam 4 petang. bila pakar datang dan check Aiman, terus dia cakap, ok sunat esok jam 2pm. memang itu saja penyelesaian bagi sakit Aiman. Aiman dengar je perkataan sunat, terus menangis takmo sunat. mommy pun da siap sign borang kebenaran untuk Aiman sunat esoknya. mommy harus untuk tengok Aiman sihat semula. sori ya sayang..

Comments

Popular posts from this blog

Doa Sebelum Berangkat Ke Tanah Suci (umrah)

Kelebihan Mengamalkan Selawat Tafrijiyah

Kecederaan ligamen (ACL)