Balinitis - Part 3
25/8/2017
-----------------
Semalam maktok, makde, daddy, adik Amsyar mai melawat Aiman.. sonok Aiman jumpa Amsyar. kesian adik mommy abaikan adik 2,3 hari ni.. sori ye dik, adik dok ngan daddy dulu. mommy nak bagi abang sihat..
So inilah harinya Aiman bakal disunatkan. dan hari ni jugaklah hari ulang tahun perkahwinan mommy ngan daddy yang ke-10 tahun. tahun ni special sebab celebrate kat hospital. Seawal jam 8am Aiman da kena start puasa. lepas mandikan bagi makan kenyang2, bagi minum susu, so kita start puasa. mommy pun teman sama.
Jam 10am Aiman da mintak nak makan roti. gelabah mommy sebab ni festime Aiman puasa. bawakla dia pi jalan2 ngan wheel chair. masuk bilik membaca, bilik mainan, tengok tv jap, pastu balik bilik. makteh pun datang melawat Aiman. jam 2pm kami da ready tapi bilik OT tak ready lagi. tunggu sampai kul 3pm baru dipanggil. nurse suruh tukar baju. perasaan mommy masa ni da bergolak. sedih takut semua ada. tapi depan Aiman mommy kena kuat, senyum supaya dia pun kuat.
dah ready, nurse pun bawak Aiman ke OT. mommy ikut sama. mommy pun kena sarung baju utk masuk ke bilik OT. Aiman diiring masuk ke OT.
pakar bius cerita kat mommy serba sikit. Aiman akan dibius satu badan dengan cara sedut gas. masa ni Aiman da nangis takut dan takmo sunat. sampaila dia sedut gas, terus tertido. mommy pun kena keluar. ya allah, masa ni memang mommy sedih sangat2 sebab tinggalkan dia sorang. mommy doa supaya prosedur dipermudahkan. daddy pun da sampai masa ni. so kami tunggu di bilik menunggu sampai la nurse panggil mommy sebab doktor nk jumpa. rupanya da selesai proses sunatkan Aiman.
Aiman ditempatkan di bilik ni sementara tunggu dia sedar. mommy panggil2 nama dia suruh bangun. sebelum tu Dr Zul cerita kat mommy apa yang dia buat kat Aiman. katanya masa sunat tu, dah ada nanah sebab tu Aiman susah nak kencing. dia tunjukkan kat mommy tempat yang disunat. terkejut jugak tengok sebab festime. tapi Alhamdulillah semuanya dah selamat. cuma lepas ni kena berpantang pergerakan. makan minum bagi dia tak perlu pantang. selang beberapa minit Aiman pun da sedar. macam lalok sikit sebab kesan bius. then Aiman disorong balik ke wad.
kesian Aiman, masih tak boleh makan lagi. selepas sejam baru boleh makan. tu pun kena start dengan minum air sikit then baru makan. sebab nak elakkan dia muntah. syarat untuk discharge doktor pesan dia kena kencing dulu. member baru lepas sunat, takut2 lagi nak kencing. jenuh bagi dia minum air banyak2. tapi alhamdulillah, lepas maghrib dia pun da kencing dan nurse pun buat proses discharge. bagi ubat antibiotik, ubat iodin dan ubat sapu pada bebird.
Bermulalah proses berpantang..
Comments
Post a Comment