Thursday, 7 September 2017

Balinitis - Part 3

25/8/2017
-----------------
Semalam maktok, makde, daddy, adik Amsyar mai melawat Aiman.. sonok Aiman jumpa Amsyar. kesian adik mommy abaikan adik 2,3 hari ni.. sori ye dik, adik dok ngan daddy dulu. mommy nak bagi abang sihat..



So inilah harinya Aiman bakal disunatkan. dan hari ni jugaklah hari ulang tahun perkahwinan mommy ngan daddy yang ke-10 tahun. tahun ni special sebab celebrate kat hospital. Seawal jam 8am Aiman da kena start puasa. lepas mandikan bagi makan kenyang2, bagi minum susu, so kita start puasa. mommy pun teman sama.



Jam 10am Aiman da mintak nak makan roti. gelabah mommy sebab ni festime Aiman puasa. bawakla dia pi jalan2 ngan wheel chair. masuk bilik membaca, bilik mainan, tengok tv jap, pastu balik bilik. makteh pun datang melawat Aiman. jam 2pm kami da ready tapi bilik OT tak ready lagi. tunggu sampai kul 3pm baru dipanggil. nurse suruh tukar baju. perasaan mommy masa ni da bergolak. sedih takut semua ada. tapi depan Aiman mommy kena kuat, senyum supaya dia pun kuat.



dah ready, nurse pun bawak Aiman ke OT. mommy ikut sama. mommy pun kena sarung baju utk masuk ke bilik OT. Aiman diiring masuk ke OT. 



pakar bius cerita kat mommy serba sikit. Aiman akan dibius satu badan dengan cara sedut gas. masa ni Aiman da nangis takut dan takmo sunat. sampaila dia sedut gas, terus tertido. mommy pun kena keluar. ya allah, masa ni memang mommy sedih sangat2 sebab tinggalkan dia sorang. mommy doa supaya prosedur dipermudahkan. daddy pun da sampai masa ni. so kami tunggu di bilik menunggu sampai la nurse panggil mommy sebab doktor nk jumpa. rupanya da selesai proses sunatkan Aiman.



Aiman ditempatkan di bilik ni sementara tunggu dia sedar. mommy panggil2 nama dia suruh bangun. sebelum tu Dr Zul cerita kat mommy apa yang dia buat kat Aiman. katanya masa sunat tu, dah ada nanah sebab tu Aiman susah nak kencing. dia tunjukkan kat mommy tempat yang disunat. terkejut jugak tengok sebab festime. tapi Alhamdulillah semuanya dah selamat. cuma lepas ni kena berpantang pergerakan. makan minum bagi dia tak perlu pantang. selang beberapa minit Aiman pun da sedar. macam lalok sikit sebab kesan bius. then Aiman disorong balik ke wad.

kesian Aiman, masih tak boleh makan lagi. selepas sejam baru boleh makan. tu pun kena start dengan minum air sikit then baru makan. sebab nak elakkan dia muntah. syarat untuk discharge doktor pesan dia kena kencing dulu. member baru lepas sunat, takut2 lagi nak kencing. jenuh bagi dia minum air banyak2. tapi alhamdulillah, lepas maghrib dia pun da kencing dan nurse pun buat proses discharge. bagi ubat antibiotik, ubat iodin dan ubat sapu pada bebird.

Bermulalah proses berpantang.. 

Wednesday, 6 September 2017

Balinitis - Part 2

24/8/2017
-----------------
Pagi tu Aiman tak pi sekolah. dan mommy pun mintak excuse kat bos nak pi hospital dulu bawak Aiman. kami pi la ke Jabatan Pakar Bedah, Hospital Sungai Buloh. tapi tak ada rezeki kami sebab katanya pakar tak ada hari tu. mereka lawat wad. so tak bole nk buat pape. mommy pun bagitau, anak saya ni da sakit sangat sampai tak bole kencing. mereka suruh kami pi kecemasan semula. Ya Allah, mommy hanya mampu bersabar je.

mommy call kawan mommy, mas mintak pendapat. dia cadangkan mommy pegi Pusrawi sebab anak dia pun penah jadi macam ni. kami breakfast di hospital dan terus ke Pusrawi. terpinga jugak la sebab festime dapatkan rawatan kat sini. pi pendaftaran, dia suruh refer klinik Am. jumpa doktor dia pun bagitau kena sunat tapi pakar cuma ada petang. sebelum menjelang petang dan masuk wad, dia suruh buat treatment. terkejut mommy.. betapa seriusnya sakit Aiman sampai kena warded terus.



mommy berpecah dengan mokde. mokde teman Aiman, mommy pi Kesihatan untuk ambil GL. untuk mudahkan pergerakan, mommy ambil Grab pegi balik. 

Alhamdulillah dipermudahkan. masa sampai semula di klnik, Aiman terbaring dekat katil dan air kencing dia berjaya dikeluarkan. rupanya time mommy takde tu, depa masukkan wayar dalam bebird Aiman untuk keluarkan air kencing. dan icepack diletak kat perut sebab air kencing Aiman terkumpul. kesian anak mommy. nampak dia pun rasa lega bila air kencing da dikeluarkan.



selepas urusan masuk wad selesai, kami pun dibawa naik ke wad. Aiman ditempatkan di Wad Ar Raihan, Bilik 10. kami menunggu doktor datang melawat jam 4 petang. bila pakar datang dan check Aiman, terus dia cakap, ok sunat esok jam 2pm. memang itu saja penyelesaian bagi sakit Aiman. Aiman dengar je perkataan sunat, terus menangis takmo sunat. mommy pun da siap sign borang kebenaran untuk Aiman sunat esoknya. mommy harus untuk tengok Aiman sihat semula. sori ya sayang..

Balinitis - Part 1

22/8/2017
-----------------
Mommy akan share tentang pengalaman abang Aiman masa kena balinitis dalam blog ni.. supaya parent yang lain boleh buat rujukan jika berlaku pada anak mereka..

9.30 malam mommy minta abang Aiman kencing dulu sebelum tido.. masa ni la permulaan Aiman susah nak kencing. dia menjerit dari bilik air katanya kencing dia ada darah. mommy lari pi tengok, memang ada darah 😰 mommy tanya dia banyak kali ada sakit kat mana2 tak. dia kata tak ada. ada kawan2 buat apa2 tak. pun katanya tak ada. terus mommy bawak Aiman pegi Klinik Bahiah.

Doktor tekan perut untuk pastikan adakah Aiman ada infection pada salur kencing. tapi Aiman cakap dia tak sakit perut. check pada bebird masa tu tak ada apa2 kecederaan. so doktor nasihat untuk lebih detail kena refer hospital. untuk malam tu, doktor bekalkan ubat Potassium untuk mudahkan Aiman kencing

23/8/2017
-----------------



Hari ni Aiman ada sambutan Hari Merdeka. Aiman da mula tunjuk kesukaran nak kencing. dia akan menangis bila nak kencing. macam kita yang kencing kotor. tapi dia masih lagi nak pi school. siap pakai baju seragam polis yang mommy sediakan. ensem anak mommy. 



mommy promise ngan dia akan pi school jemput dia untuk bawa ke hospital. jam 12 tengah hari mommy bawak dia pi hospital sungai buloh. Alhamdulillah time ni tak ramai orang. 



masa jumpa doktor, doktor cakap balinitis dan buat surat refer pakar bedah. mommy da cuak. dia kata berkemungkinan kena sunat, tp tunggu kata pakar. pi farmasi dapat antibiotik sampai 3 botol dan ubat tahan sakit. mommy rasa mungkin bole kurangkan sakit Aiman nanti



so, lepas amik ubat mommy pun pi jabatan pakar bedah untuk set appointment. kaunter cakap pakar da balik nanti mereka akan call semula. kami pun balik ke rumah. bagi Aiman makan ubat. sampai ke malam Aiman masih lagi susah nak kencing. bila nak kencing menangis. keluar setitik dua 😔 sampai atuk urut pelan2 nak bagi mudah keluar.. malam tu kami tido kat bawah. mommy tekad nak pi Hospital Sungai Buloh awal pagi esoknya.

Hai kawan-kawan.. I'm back!

 Assalamualaikum kawan-kawan.. Masya allah bersawang blog kesayangan mommy ni.. dekat 4 tahun tak kemaskini.. Dalam 4 tahun ni, mommy pun da...